Bila Rayuan Visa Perlindungan Gagal, Apakah Padahnya?

Apa yang berlaku setelah visa Australia dibatalkan.

Apa yang berlaku setelah visa Australia dibatalkan. Source: SBS

Apakah padahnya sekira anda gagal menyelaraskan status visa anda di Australia? Inilah masalah yang dihadapi seorang warga Malaysia di Melbourne yang risau akan status gelap beliau. Apa yang paling ditakuti ialah risiko ditahan oleh pihak polis dalam suatu pemeriksaan rutin trafik. Bak pepatah Melayu, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


Kini di Australia terdapat lebih 40,000 warga Malaysia yang datang ke negara ini mencari pekerjaan untuk cuba memulakan hidup baru.

Kesemuanya memohon visa perlindungan mendakwa mereka melarikan diri dari penindasan yang dialami di tanahair. Namun, hampir kesemua permohonan ini ditolak kerana dakwaan penindasan mereka didapati tidak mempunyai asas yang kukuh. Ini ialah kerana Malaysia adalah sebuah negara yang pada keseluruhannya aman dan makmur dengan ekonomi yang dianggap serba kukuh.

Lazimnya, setelah permohonan visa warga Malaysia ini ditolak oleh Jabatan Hal Ehwal dalam Negeri Australia, pemohon berhak merayu ke Tribunal Pentadbiran Rayuan. Dan jika rayuan di Tribunal Pentadbiran Rayuan turut gagal, warga terbabit mempunyai harapan terakhir merayu kepada Mahkamah Persekutuan Australia.

Namun, apa yang terjadi sekiranya atas sebab-sebab yang tidak diketahui, warga Malaysia terbabit gagal membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan dalam masa yang ditetapkan.

Ikuti perbualan SBS Melayu dengan seorang warga Malaysia yang menghadapi masalah ketidaktentuan status visa beliau.

Share