Apakah Parlimen Australia Mencerminkan Masyarakat Berbilang Kaum Di Negara Ini?

Dewan Rakyat Parlimen Australia di Canberra

Perwakilan politik dalam sebuah demokrasi bermakna rakyat jelata memilih siapakah yang mereka mahu mewakili mereka di parlimen. Source: Getty / Tracey Nearmy

Australia ialah antara negara utama di dunia yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Namun, Dewan Parlimennya gagal mencerminkan hakikat ini. Apakah kegagalan ini seharusnya diabaikan oleh para pengundi, khususnya di kalangan golongan migran?


Bagi sebuah negara yang bangga dengan masyarakatnya yang berbilang kaum, Dewan Parlimen Australia gagal mencerminkan hakikat ini.

Sehingga kini, suara golongan migran masih kurang didengari di Parlimen.

Walhal, daripada jumlah bilangan penduduk Australia adalah dari luar negara yang bukan keturunan Eropah.

Namun dalam Parlimen Australia, perwakilan yang mencerminkan golongan migran hanya setakat 6 peratus sahaja.

Dr Intifar Chowdhury ialah seorang pensyarah dalam bidang pengajian pentadbiran kerajaan di Flinders University.

Menurut beliau, "Demi keadilan, bilangan perwakilan golongan migran perlu mencerminkan komposisi penduduk negara ini."

Dalam episod SBS Examines kali ini, SBS Bahasa Melayu meninjau sama ada sistem politik Australia mampu mencerminkan realiti negara ini yang berbilang kaum.


Share