Padah Menunggu Giliran Rayuan Visa Perlindungan Yang Ditolak Ibarat Hukuman Penjara

Waiting for AAT.jpg

Pekerja kilang di Shepparton, Victoria, Australia.

Apakah padah menunggu sekian lama giliran rayuan permohonan visa perlindungan yang telah ditolak oleh Immigresen Australia? Sesetengah warga Melayu yang datang ke Australia mencari nafkah dan peluang kehidupan baru menganggap penantian yang kadang-kala berlarutan selama enam tahun sebagai suatu hukuman penjara. Status visa yang tidak menentu menghalang mereka dari menerima bantuan kebajikan dan perubatan percuma yang ditawarkan kepada setiap rakyat dan penduduk tetap Australia. Mereka juga merindui sanak saudara di tanahair kerana sekian lama tidak dapat pulang ke Malaysia. Kini terdapat lebih-kurang 22,000 warga Malaysia yang masih menunggu giliran rayuan mereka di Tribunal Pentadbiran Rayuan. Ikuti luahan hati salah seorang dari golongan yang masih menanti giliran rayuan yang tak tiba, ibarat menunggu buah tak jatuh.



Share