Sambutan Eidul Fitri Konsulat Jeneral Malaysia Raikan Perpaduan

Kaum keluarga Kementerian Pertahanan sambut Eidul Fitri di Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne.jpeg

Kaum keluarga Kementerian Pertahanan sambut Eidul Fitri di Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne.

Bagi warga Malaysia, sambutan Hari Raya Eidul Fitri berterusan sepanjang bulan Syawal yang mulia. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne yang memaparkan perpaduan masyarakat berbilang kaum.


Rumah terbuka sememangnya suatu tradisi di Malaysia setiap tahun sempena sambutan Hari Raya Eidul Fitri.

Tahun ini, SBS Bahasa Melayu dijemput sekali lagi untuk menyertai sambutan Eidul Fitri bersama warga Malaysia lain yang kini menetap di Melbourne, Victoria.

Sambutan anjuran Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne begitu meriah dengan kehadiran lebih 250 warga Malaysia yang tidak mahu lepas peluang menikmati juadah raya serbaneka yang enak dan lazat, termasuk nasi briyani kambing, pasembor, rendang dan lontong, juga satay yang sudah menjadi lambang sajian popular dari tanahair.

Zaini Ahmad berpeluang menemubual tetamu hadirin termasuk Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Nasyron Shah, selaku hos majlis.

Apa yang jelas, sambutan Eidul Fitri di Konsulat Jeneral tahun ini bukan sahaja begitu meriah sekali, ia turut memaparkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Syabas kepada semua!



Share