Ketika berusia 17 tahun Hedayat Osyan berjaya melarikan diri dari rejim Taliban di Afghanistan.
Perjalanan pelarian Hedayat bermula dari Kabul ke Dubai melalui Malaysia sebelum ke Indonesia, di mana beliau telah diseludup masuk ke Australia melalui bot.
Setelah tiga bulan dalam pusat tahanan pelarian di Pulau Christmas, Hedayat di hantar ke pusat tahanan di Melbourne selama sebulan sebelum diberi hak untuk bermastautin di negara ini.
Pada tahun 2016, beliau mendapat pekerjaan di tapak pembinaan.
Menurut Hedayat, "Ketika itu, saya temui ramai orang pelarian senasib dengan saya. Ada yang berjaya mendapat pekerjaan, manakala ada yang ditipu oleh majikan kerana mereka kurang memahami Bahasa Inggeris."
Hedayat menubuhkan Community Construction, sebuah perusahaan sosial bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada golongan pelarian dan pemohon suaka.
Setakat ini, Community Construction telah melaksanakan 300 buah projek dengan bilangan lebih 100 orang pekerja.
Jelas Hedayat, “Setiap hari, saya terima sekurang-kurangnya lima permohonan pekerjaan dari golongan pelarian. Mereka mahu bekerja dan enggan bergantung kepada bantuan kebajikan. Namun peluang pekerjaan yang sedia ada amat sukar diperolehi oleh golongan ini."
Angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia menunjuk bahawa kos pemprosesan pelarian di pusat tahanan lepas pantai atau offshore mencecah lebih $13 billion di antara tahun 2011 hingga 2023.
Menurut Jana Favero, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pusat Asylum Seeker Resource Centre, "Secara purata, in bersamaan lebih setengah juta dolar bagi setiap pelarian yang dihantar terus ke pusat tahanan lepas offshore untuk diproses."
Jana Favero yakin wujud cara yang lebih berkesan menangani masalah ini.
"Pelan menyeluruh di bawah tampuk kerajaan Malcolm Fraser yang membawa masuk terus pelarian ke negara ini yang bukan sahaja mengurangkan risiko terhadap diri mereka sendiri, malahan membolehkan golongan ini bekerja lantas menyumbang kepada ekonomi negara."
Dalam episod ini, SBS Examines meninjau polisi pelarian Australia dan mempersoal keutamaan yang perlu diberi kepada persoalan hak asasi manusia dan ekonomi.
LISTEN TO

Migrants aren't being hired in the jobs they're qualified for. It's costing Australia billions
SBS English
06:15