Menurut Elenie Poulos dari jabatan Politik dan Perhubungan Antarabangsa di Universiti Macquarie, arena politik Australia yang sememangnya kompleks menjadi bertambah rumit akibat isu agama.
Kadang kala timbul pertelingkahan di antara politik dan agama.Elenie Poulos, padri Gereja Persatuan
Elaine memberitahu SBS Examines bahawa pengundi lebih dipengaruhi oleh nilai yang dipegangi mereka daripada janji pilihanraya, termasuk pemotongan cukai dan pembiayaan kos sara hidup.
"Sesetengah pengundi pula terpengaruh dengan calon yang mungkin menekankan prinsip moral."
Dalam episod Siapa Kanan? Siapa Kiri? kami meninjau pengaruh agama dalam pilihanraya kali ini.