Pada pilihanraya umum kali ini, lebih 18-juta pengundi berdaftar dijangka akan membuang undi di seluruh Australia.
Bagi warga Melayu yang telah mengisytihar diri mereka sebagai rakyat negara ini, mengundi dalam pilihanraya umum adalah satu tanggungjawab yang wajib sebagai seorang warganegara Australia.
Khamzah Arip yang berasal dari Paya Lebar, Singapura berhijrah ke Melbourne sejak lebih tiga dekad lalu.
Khamzah, seorang persara yang kini mempunyai pernigaan kecil menjual coklat di sebuah pusat membeli-belah di subbandar Dandenong, Victoria, telah pun mengundi dalam pilihanraya umum Australia sebanyak lapan kali.
Manakala, Siti Zubaidah Mahmud pula berasal dari Shah Alam, Selangor, menjadi rakyat Australia setelah mengikuti suami beliau, seorang warga Australia, pulang menetap ke negara ini.
Pilihanraya ini adalah kali ketiga Siti, yang kini berkhidmat dengan sebuah majlis tempatan, akan mengundi sebagai rakyat Australia.
Pelbagai isu mempengaruhi pilihan pengundi berbilang kaum dan agama di negara ini.
Bagi warga Melayu, apakah antara isu utama yang akan menentukan siapakah calon dan parti pilihan mereka.
Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan dua warga Melayu ini untuk mengetahui isu paling penting yang bakal memancing undi mereka dalam pilihanraya umum kali ini.