Tatacara Mengundi Pada Pilihanraya Umum 

Rakyat Australia bakal membuang undi tanggal 3 Mei, 2025

Pengundi memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi. Bendera Australia terkibar di depan kotak. Source: iStockphoto / Sadeugra/Getty Images/iStockphoto

Pada hari pembuangan undi, Suruhanjaya Pilihanraya Australia menjangka lebih kurang sejuta pengundi akan menghadiri pusat pembuangan undi di seluruh negara setiap jam untuk membuang undi. Pembuangan undi adalah wajib bagi semua rakyat dewasa yang berdaftar. Justeru, pengundi perlu memahami proses mengundi sebelum mereka menuju ke pusat pembuangan undi pada hari pilihanraya.


Tajuk Utama
  • Suruhanjaya Pilihanraya Australia, AEC, menyediakan pelbagai kemudahan membantu pengundi mengenalpasti daerah dan pusat pembuangan undi masing-masing.
  • Pengundi diberi pilihan kaedah membuang undi sebelum atau pada hari pilihanraya.
  • Maklumat berkaitan pilihanraya diterjemahkan dalam beberapa bahasa selain Inggeris.
  • AEC menyediakan perkhidmatan terjemahan melalui telefon bagi membantu anda membuang undi.
Australia mempunyai badan bebas yang mengurus segala urusan mengundi setiap pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihanraya Australia, atau singkatannya AEC, memastikan semua warga yang layak diberi peluang untuk membuang undi bagi menentukan kerajaan baru negara ini.

Mengenalpasti kawasan mengundi anda  

Di Australia kini terdapat 150 kawasan pilihanraya dan AEC menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu anda mengenalpasti kawasan pilihanraya anda melalui laman web . 

Anda juga boleh menelefon 13 23 26 atau   bagi mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Inggeris.

Mengenalpasti pusat pembuangan undi anda 

AEC menyediakan beribu pusat pembuangan undi, lazimnya di sekolah-sekolah dan dewan komuniti gereja di seluruh negara.

Jurucakap AEC, Jess Lilley, menyaran pengundi melayari laman web AEC untuk mengetahui lokasi pusat pembuangan undi mereka.

Jelas beliau, "Anda hanya perlu memasuki maklumat subbandar atau poskod anda dan secara automatik aplikasi yang disediakan akan mengenalpasti calon-calon dan pusat pembuangan undi anda."

Bagi sebilangan besar pengundi, cara paling mudah mengundi ialah di pusat pembuangan undi masing-masing pada hari pilihanraya yang lazimnya jatuh pada hari Sabtu.

Pasukan bergerak AEC juga akan mengunjung pengundi di pusat kemudahan penjagaan warga emas, komuniti yang tinggal di kawasan pendalaman, hospital dan penjara bagi memastikan tiada siapa terlepas peluang untuk membuang undi.

PILIHANRAYA KECIL PRAHRAN WERRIBEE
Papan tanda pusat pembuangan undi pada pilihanraya kecil Werribee di Melbourne. Source: AAP / DIEGO FEDELE/AAPIMAGE

Mengundi dalam Bahasa Anda Tersendiri

Semua pusat pembuangan undi dan laman web AEC menyediakan maklumat dalam . 

Jika perlu, anda juga boleh memohon sukarelawan AEC mengiring anda ke pusat pembuangan undi.

AEC turut menyediakan bagi membantu pengundi yang tidak memahami Bahasa Inggeris.

Cara lain untuk mengundi 

Pengundi yang ingin mengundi melalui pos boleh memohon secara online di atau di pejabat pos berdekatan.

Pengundi yang terpaksa berada di luar negeri atau wilayah kediaman mereka boleh memohon untuk membuang undi di pusat pembuangan undi di kawasan yang mereka berada pada hari mengundi.

Pengundi yang berada di luar negara juga boleh membuang undi.

boleh diperolehi di laman web AEC.

Beberapa Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Australia turut menyediakan pusat pembuangan undi pada tarikh pilihanraya.
Rakyat Australia membuang undi.
Seekor anjing menunggu tuannya membuang undi di sebuah pusat pembuangan undi di Sydney pada pilihanraya umum 2019. Credit: Bloomberg/Bloomberg via Getty Images

Pengedaran Maklumat 

Pada hari pilihanraya penyokong-penyokong parti yang bertanding akan mengedarkan risalah untuk cuba mempengaruhi pengundi memilih parti mereka.

Namun, penganalisis pilihanraya, William Bowe, menyarankan pengundi supaya tidak terlalu mudah dipengaruhi atau terpedaya

Saranan beliau, "Jangan rasa tertekan untuk memilih calon yang ditonjolkan oleh penyokong di luar pusat pembuangan undi. Pilihan calon di tangan anda."

Membuang Undi 

Anda akan diberi sekeping kertas mengundi atau ballot paper berwarna hijau dan satu lagi berwarna putih.

Kertas Undi atau Ballot Paper Hijau 

Kertas undi hijau ialah untuk memilih calon yang akan mewakili anda di Dewan Perwakilan, juga dikenali sebagai Dewan Rakyat.

Jelas William Bowe …. Dewan Rakyat terdiri dari 151 kerusi yang mewakili setiap kawasan pilihanraya atau electorate.

Tambah Bowe, "Ramai yang fikir pilihanraya ialah untuk memilih siapakah yang akan menjadi perdana menteri, walhal ketua parti yang memenangi pilihanraya sebenarnya akan dilantik perdana menteri."

Di hari mengundi, anda perlu menanda nombor 1 dalam kotak bersebelahan calon pilihan pertama anda.

Nombor 2 bersebelahan calon piliahan kedua anda dan seterusnya sehinggalah kesemua kotak bersebelahan semua calon telah diisi.

Kertas Undi atau Ballot Paper Putih

Kerta undi putih pula ialah untuk memilih satu dari 76 kerusi di Dewan Senat atau Dewan negara.

Kertas putih ini membolehkan anda memilih senator dari negeri atau wilayah anda dan cara undian juga agak berbeza.

Jelas Bowe, "Pengundi mempunyai dua cara mengisi kertas undi putih yang mempunyai kotak pangkah di atas dan di bawah garisan. cara paling mudah dan cepat ialah memilih 6 parti kegemaran anda dan senaraikan mengikut pilihan pertama hingga ke-enam. Kotak yang perlu diisi ialah di atas garisan. Namun, jika anda ingin mengenalpasti calon kegemaran anda, anda boleh mengisi kotak-kotak di bawah garisan. Syaratnya, anda perlu mengisi sekurang-kurangnya 12 kotak di bawah garisan."

Sistem mengundi bernombor mengikut pilihan utama pengundi ini dikenali sebagai sistem pengundian keutamaan atau preferential voting.

Sistem ini memastikan undi anda lebih berkesan.

Seorang lagi jurucakap AEC, Evan Ekin-Smyth, menerangkan sistem keutamaan sebegini, "Umpamanya, jika calon pilihan pertama anda gagal terpilih, undi anda akan jatuh kepada calon pilihan kedua dan seterusnya sehinggalah ia terkira dalam undian calon yang layak."

PEMUNGUTAN SUARA MELBOURNE
Sebuah kotak pembuangan undi di pusat pembuangan undi di Collingwood, Melbourne, pada Sabtu, 14 October, 2023. Credit: CON CHRONIS/AAPIMAGE

Undi Tidak Rasmi atau Informal Votes 

Apa pun, pastikan anda ikuti arahan dengan tepat.

Sekiranya kertas undi anda tidak diisi dengan betul, undi anda dianggap undi tidak rasmi yang tidak akan dikira apabila jumlah undi dihitung.

Antara contoh kertas undi yang tidak boleh diterima termasuk memangkah atau menanda rait dan bukan menulis nombor pilihan utama calon anda.

Atau anda menulis sesuatu yang boleh mendedahkan identiti anda.

Padah Kegagalan Membuang Undi 

Mengundi itu wajib bagi semua rakyat Australia berusia 18 tahun ke atas dan pengecualian hanya diberi mengikut budi bicara Suruhanjaya Pilihanraya AEC.

Umpamanya, AEC mungkin menerima hakikat bahawa wujud sebilangan pengundi yang berada di luar negara namun tidak boleh membuang undi atas sebab-sebab tertentu.

Jurucakap AEC, Ekin-Smyth, memberi amaran, "Pengundi yang gagal membuang undi akan dikenakan denda. Notis akan dihantar kepada pengundi yang gagal membuang undi. Jika anda gagal memberi alasan munasabah, anda akan didenda $20. Namun, pengundi yang gagal menjawab notis mungkin akan dihadapkan di mahkamah dan jika sabit kesalahan akan didenda $170 selain kos perbicaraan."

Namun, padah gagal mengundi yang lebih teruk dari denda berbentuk kewangan ialah kegagalan anda untuk mengambil bahagian menentukan siapa yang akan mewakili anda di parlimen.

Daftar Maklumat Palsu AEC

Suruhanjaya Pilihanraya Australia, AEC, ialah badan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

AEC kini melancarkan bertujuan menangani penyebaran maklumat palsu mengenai proses pilihanraya dan pembuangan undi di negara ini.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web atau telefon 13 23 26.  

Episod ini pertama kalinya diterbitkan pada 2022.

Segala fakta telah disemak dan dikemaskini.
Subscribe or follow the Australia Explained podcast for more valuable information and tips about settling into your new life in Australia.

Do you have any questions or topic ideas? Send us an email to [email protected]


Share