Anthony Albanese mengecap kemenangan majoriti dalam pilihanraya umum 2025 memastikan beliau menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri Australia buat penggal kedua.
Albnanese memberitahu penyokong parti Labor di Sydney bahawa beliau menerima tanggungjawab ini dengan penuh kesyukuran.
Dalam ucapan kemenangan beliau, Albanese berkata, "Saya bersyukur diberi mandat majoriti dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Australia kerana menaruh kepercayaan mereka terhadap Parti Buruh di bawah kepimpinan saya untuk terus menerajui negara paling bertuah di dunia."
Tambah beliau, "Hari ini, rakyat Australia telah mengundi untuk mengekalkan nilai Australia yang mendahulukan keadilan, aspirasi dan peluang saksama untuk semua."
"Rakyat Australia mahukan masa depan yang menyanjung nilai-nilai murni ini, masa depan yang cerah untuk semua."
Parti Labor akan menerajui kerajaan dengan kedudukan majoriti yang kukuh setelah memenangi beberapa kawasan beralih atau swing state.
Antara kerusi yang dimenangi Labor ialah Dickson di Queensland yang sebelum ini dipegang kuat oleh Ketua Parti Liberal, Peter Dutton.
Kali ini, Dutton ditewas oleh calon Parti Labor, Ali France.

Ketua Parti Liberal, Peter Dutton, mengaku kalah dalam pilihanraya umum Australia 2025. Source: AP / Pat Hoelscher/AP
Menurut Dutton, "Parti kita gagal menjalankan kempen yang berkesan."
"Apa yang saya ingini ialah yang terbaik untuk Australia dan rakyatnya', kata beliau.
Dutton akui, "Ini merupakan satu kemenangan bersejarah untuk Parti Labor'.