Dai Le ialah ahli parlimen bebas berbangsa Vietnam yang mewakili daerah Fowler di barat daya Sydney.
Menurut beliau, golongan migran termasuk komuniti Vietnam kurang arif dengan sistem politik negara ini.
Malahan katanya, sebillangan besar golongan pendatang ke Australia tidak memahami bahawa mereka mempunyai pilihan ketika membuang undi
Kosong, lansung tidak tahu menahu tentang sistem politik negara ini.Dai Le, Ahli Parlimen mewakili Fowler
Menurut Dai Le, parti-parti utama cuba memancing undi golongan migran tanpa memahami kehendak mereka.
Katanya, "Mereka mengguna undi pendatang ke negara ini untuk memenangi pilihanraya. Namu, ini tidak bermakna mereka mengambil kira kehendak dan keperluan golongan migran."
Tambah Le, "Mungkin pilihanraya kali ini berbeza sedikit kerana pengundi mempunyai lebih banyak pilihan ekoran kemunculan lebih ramai calon bebas. Saya harap kewujudan mereka akan sedikit-sebanyak mengubah hala-tuju landskap politik di negara ini."
Professor Sukhmani Khorana dari Universiti New South Wales meninjau tahap pemahaman serta penyertaan politik golongan migran.
Menurut beliau, di kalangan golongan pendatang Cina dan India, individu yang arif tentang sistem politik negara ini seringkali memain peranan sebagai orang tengah yang mampu mendidik serta menafsir maklumat palsu dan yang tidak betul kepada komuniti mereka.
Jelas Khorana, "Pengundi dari Asia memilih isu yang dianggap penting bagi mereka tanpa faktor kesetiaan parti. Justeru, pendatang dari Asia dianggap sebagai pengundi beralih atau swinging voters."
Episod Siapa Kanan? Siapa Kiri? ini meninjau pilihanraya umum dari sudut pandangan golongan migran di Australia.