SalamFest ialah pesta tahunan sempena sambutan Eidul Fitri bertujuan memaparkan kepelbagaian budaya dan tradisi umat Islam yang kini memanggil Australia negara mereka.
Pengasasnya, Ayesha Bux yang berasal dari Pakistan, menganjurkan Pesta SalamFest ini untuk meraikan kekayaan budaya umat Islam pelbagai kaum melalui musik, seni dan makanan.
Tahun ini, SalamFest 2025 berlansung di Federation Square, Melbourne, berjaya menarik beribu pengunjung yang datang untuk menikmati kemeriahan Eidul Fitri.
Dan pengunjung sememangnya tidak kecewa dihiburkan dengan pelbagai persembahan, termasuk tarian tradisional dari Bosnia oleh kumpulan penari Kud Dukat Bosnian Folklor (sic).
Kemuncak pesta tahun ini memaparkan kumpulan ahli musik Qawwali dengan persembahan Sufi 'devotional music' mereka yang terkenal di seluruh dunia.
Rata-rata SalamFest 2025 begitu meriah sekali.