Rumahtangga hancur, visa bekas pasangan lebur?

cancelled marriage

Rumahtangga hancur, visa tergugat. Credit: Getty Images/Xesai/Peter Dazeley

Apakah suami atau isteri yang diberi visa perlindungan di Australia boleh memohon supaya visa yang turut diberi kepada pasangan mereka dibatalkan setelah keruntuhan rumahtangga?


Ramai warga Malaysia datang ke Australia pohon perlindungan atas pelbagai alasan kenapa mereka tidak boleh pulang ke tanahair. Seringkali, sepasangan suami isteri memohon perlindungan mengguna alasan yang sama, justeru permohonan dibuat hanya di bawah nama suami atau isteri sahaja. Jika bernasib baik, visa perlindungan diluluskan oleh kerajaan Australia.


Namun, apa yang berlaku sekiranya rumahtangga hancur dan suami atau isteri yang menerima visa perlindungan kini berniat membatalkan visa bekas pasangan mereka? Inilah yang berlaku kepada seorang warga Melayu bergelar Iman, yang tiba-tiba, diberitahu oleh Immigresen Australia bahawa visa beliau akan dibatal dan diberi tempoh 28 hari untuk meninggalkan Australia.

Share