Tajuk Utama
- Jangan membuang pakaian terpakai ke dalam tong kitar semula di rumah anda.
- Sesetengah gudang fesyen utama mempunyai program penerimaan pakaian terpakai pelanggan mereka untuk dikitar semula.
- Lazimnya, pakaian bermutu rendah jarang diderma, sebaliknya dibuang di tapak timbunan yang menambah kepada pencemaran alam sekitar.
Industri fesyen ialah antara industri utama pencemaran alam sekitar. Menurut Majlis Fesyen Australia, secara purata, rakyat Australia membeli 56 helai pakaian baru setiap tahun.
Fesyen segera atau ialah pakaian yang murah yang seringkali dipakai buang sebab ianya tidak tahan lama yang dihasilkan oleh pengeluar bagi memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa mahu fesyen paling terkini.
Model pengeluaran sebegini dilakukan dengan sengaja bagi menggalak konsumer untuk terus membeli pakaian baru dalam tempoh masa yang singkat.
Justeru, terpulanglah kepada kita semua untuk mengurangkan pembaziran pakaian dengan mengamal kitaran semula pakaian yang sudah tidak digemari bagi mengurangkan pembuangan pakaian di tapak tanah timbunan.
Tong kitar semula di rumah bukanlah tempat membuang pakaian terpakai anda.
Saranan Ketua Pegawai Eksekutif Planet Ark, Rebecca Gilling, "pakaian terpakai, sepatu buruk, tekstil lebihan, cadar atau tuala yang sudah tidak mahu lagi diguna yang dibuang ke dalam tong kitar semula di rumah anda bukanlah amalan pengitaran semula yang dimaksudkan."
Tekstil yang dibuang sebegini seringkali tersangkut dalam sistem kitaran semula yang mampu merosakkan mesin terbabit.Rebecca Gilling, Ketua Pegawai Eksekutif Planet Ark
Mujurlah ada pilihan lain.
Anda boleh menghubungi perkhidmatan kutipan pakaian terpakai secara online.
Dengan bayaran yuran yang ditetapkan, syarikat kutipan akan datang ke rumah anda untuk mengutip pakaian yang ingin dibuang untuk dihantar ke pusat kitaran semula.

Source: Moment RF / Andrew Merry/Getty Images
Derma pakaian terpakai anda kepada kedai amal atau ‘op shop’.
Anda juga boleh menderma pakaian terpakai kepada kedai amal yang dikenali sebagai Op Shop di negara ini.
Caranya mudah, anda hanya perlu meletakkan pakaian terpakai ke dalam tong kutipan derma yang seringkali ditempatkan di pusat membeli belah.
Melalui penjualan barangan yang diderma oleh khalayak ramai 'op shop' menjana hampir satu billion dolar yang kemudiannya digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Apa yang harus diingati, janganlah menderma pakaian yang sudah koyak atau tidak boleh lagi dipakai semula oleh orang lain.
Menurut Rebecca Gilling, "kedai amal di seluruh Australia kini perlu memperuntukkan lebih $13 juta setiap tahun semata-mata untuk pengurusan pembuangan pakaian terpakai yang dibuang oleh orang awam ke dalam tong kutipan derma amal."
Omer Soker, Ketua Pegawai Eksekutif Charitable Recycling Australia, menawarkan ujian mudah bagi memastikan pakaian yang ingin anda derma masih layak diderma untuk penggunaan semula.
Jika anda tidak gamak memberi pakaian buruk kepada seorang sahabat karib, janganlah sesekali 'menderma' pakaian tersebut kepada kedai amal.Omer Soker, Ketua Pegawai Eksekutif Charitable Recycling Australia
- Salvos
- Vinnies
- Australian Red Cross
- Save the Children
- Lifeline
- Anglicare
- Brotherhood of St Laurence
Laman web ini juga mempunyai kaedah pengiraan kesan pengurangan pengeluaran gas karbon hasil amalan kitar semula anda.

Pekerja mengasingkan pakaian terpakai di gudang St Vincent de Paul Society di Sydney. Source: AFP / PETER PARKS/AFP via Getty Images
Serahkan pakaian terpakai anda kepada gudang fesyen yang mempunyai program kitar semula.
Jika pakaian terpakai anda gagal ujian sama ada kawan rapat anda rela memakai pakaian yang ingin dibuang, langkah seterusnya ialah kitaran semula.
Rebecca Gilling dari Planet Ark berkata "kini wujud beberapa gudang fesyen utama seperti H&M, Zara dan Uniqlo yang menganjurkan program kitar semula bukan setakat pakaian malahan sepatu, cadar dan aksesori fesyen yang lazimnya dibuang semata-mata."
Majlis perbandaran anda juga mungkin mempunyai program kitar semula.
Manakala Planet Earth, sebuah pertubuhan bukan untung menerima sumbangan kasut sukan terpakai di cawangannya di NSW, Victoria dan Queensland yang kemudian dihantar ke seluruh dunia untuk diderma kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Hadiri majlis tukar-menukar pakaian terpakai
Jika anda ingin menukar atau memperbaharui koleksi pakaian anda, cuba program tukar pakaian atau clothes swap seperti The Clothing Exchange.
Minat terhadap program menukar pakaian kini kian meningkat dengan pembabitan sektor swasta dan awam.
Adam Worling, seorang kaunselor Majis Perbandaran Sydney berkata, "pesta menukar pakaian kini mendapat sambutan yang kian meningkat kerana ianya memberi nafas baru kepada pakaian yang mungkin sudah tidak lagi digemari, sebaliknya akan dinikmati oleh orang lain."
Layari laman web untuk maklumat lanjut tentang pesta penukaran pakaian yang akan datang berdekatan anda.

Ol hangem ol klos long hanga. i gat ol diferen kaen klos mo hanga long wan klos exchange parti. Source: Moment RF / Marissa Powell/Getty Images
Sokongi Ekonomi Berputar
Pengguna juga perlu mengubah sikap mereka terhadap hayat setiap pakaian yang dibeli.
Persatuan Charitable Recycling Australia mengutarakan konsep ekonomi berputar atau 'circular economy'.
Menurut Omer Soker, "ekonomi berputar bertujuan mengurangkan penggunaan bahan mentah asli, sebaliknya mengambil kesempatan mengitar semula bahan yang sedia ada".
Peranan kita sebagai pengguna ialah menghayati barangan supaya ianya tahan lama.Omer Soker, Ketua Pegawai Eksekutif Charitable Recycling Australia
Tambah Omer Stoker, “Cuna ubah sikap supaya kita hanya membeli pakaian yang perlu sahaja dan cuba memenjangkan hayat pakaian tersebut. Jika terkoyak, pakaian boleh dijahit semula. Atau pakaian tersebut boleh diderma."