Isu Utama
- Sekolah di Australia dibahagi kepada tiga sektor: Kerajaan, Katolik dan swasta
- Sebilangan besar sekolah di Australia adalah co-ed namun wujud juga sekolah khusus untuk murid lelaki atau murid perempuan, terutama di kalangan sekolah swasta dan Katolik.
- Membayar yuran tinggi untuk menghantar anak ke sekolah swasta tidak semestinya menjamin kualiti pengajian lebih baik dan keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.
- Murid-murid boleh menukar sekolah pada bila-bila masa sahaja.
Sistem pendidikan Australia dibahagi kepada tiga sektor: kerajaan, juga dikenali sebagai sekolah awam atau sekolah kerajaan, sekolah Katolik dan sekolah swasta.
Tiga Sektor
Sekolah kerajaan, Katolik dan swasta kesemuanya tertakluk di bawah pentadbiran badan regulasi yang sama di setiap negeri.
Menurut Dr Sally Larsen, pensyarah di University of New England, "kesemua sekolah menawarkan kurikulum yang sama kepada setiap murid, manakala guru-guru pula perlu menjalani proses pentauliahan yang sama. Perbezaan hanya wujud kerana sesetengah sekolah memohon sumbangan wang dari ibu-bapa untuk pendidikan anak-anak mereka."
Kerajaan Australia dikehendaki menawarkan sekolah kerajaan kepada semua murid-murid. Kesemua sekolah kerajaan adalah sekular dan percuma, namun ibu-bapa kini digalak membuat sumbangan sebanyak $100 atau lebih untuk menampung kos penyediaan sumber pelajaran.
Menghantar anak ke sekolah Katolik pula boleh mencecah $5,000 setiap tahun.
Manakala sektor sekolah swasta pula mengenakan yuran $30,000 atau lebih setahun untuk setiap muridDr Sally Larsen, Pensyarah Jabatan Pendidikan, University of New England

Lebih kurang 70% murid sekolah rendah dan 60% murid sekolah menengah di Australia terima pendidikan di sekolah kerajaan. Credit: JohnnyGreig/Getty Images
Apakah situasi keluarga anda?
Professor Madya Helen Forgasz dari Fakulti Pendidikan di Monash University berkata
"perbezaan bagi setiap ibu-bapa dari segi pemilihan sekolah ialah sama ada mereka mampu membayar yuran untuk menghantar anak ke sekolah swasta."
Jika anda mahu pendidikan agama untuk anak-anak, pilihannya ialah sekolah agama yang wujud di setiap negeri.Professor Madya Helen Forgasz, Fakulti Pendidikan, Monash University
Sekolah kerajaan tidak mempunyai pendidikan agama dalam kurikulumnya, namun ia membenarkan pertubuhan agama luar mengendalikan program agama di sekolah terbabit.
Sekolah Katolik menawarkan pengajian berdasarkan pemahaman agama dan terbuka kepada pelajar yang tidak menganuti agama yang ditawarkan. Sekolah agama dianggap memupuk penjalinan kemasyarakatan dan yurannya lebih rendah berbanding sekolah swasta.
Menurut Dr Larsen, sebaliknya, yuran sekolah swasta lazimnya tinggi dan kos-kos tersembunyi kadang-kala mampu memeranjatkan ibu-bapa.
"Anda harus mengambil kira kos tambahan seperti aktiviti luar kurikulum yang wajib, pembelian pakaian seragam yang agak mahal serta pembelian peralatan teknologi."
"Kini sesetangan sekolah kerajaan juga mengikut jejak yang sama di mana murid-murid dikehendaki membeli peralatan teknologi yang mahal, namun bagi ibu-bapa yang tidak mampu, kerajaan menyediakan peruntukan pembiayaan."

Manfaat sekolah berasingan jantina masih tidak dapat diukur dengan tepat dan keputusan peperiksaan menunjukkan tiada perbezaan pencapaian di antara sekolah yang eksklusif murid perempuan atau lelaki dengan sekolah co-ed. Credit: Fly View Productions/Getty Images
Apakah anda mempertimbangkan sekolah berasingan jantina?
Manfaat sekolah berasingan jantina masih tidak dapat diukur dengan tepat dan keputusan peperiksaan menunjukkan tiada perbezaan pencapaian di antara sekolah yang eksklusif murid perempuan atau lelaki dengan sekolah co-ed. Namun, sesetengah murid lebih selesa belajar di kalangan golongan sesama jantina atas sebab agama.
Sebilangan besar sekolah di Australia adalah co-ed, iaitu murid lelaki dan perempuan dididik bersama.Professor Madya Helen Forgasz, Fakulti Pendidikan, Monash University
Sekolah berasingan jantina wujud di sektor sekolah Katolik dan swasta. Sebaliknya, sekolah kerajaan lazimnya adalah co-ed. Kecuali negeri NSW, di mana wujud lebih 30 buah sekolah berasingan jantina berbanding negeri Victoria yang mempunyai hanya bilangan kecil sekolah berasingan jantina.
Dr Larsen berkata sekolah swasta cuba menimbulkan keraguan di kalangan ibu bapa bahawa sekolah kerajaan tidak mampu memberi pendidikan yang lengkap.

Murid-murid boleh menukar sekolah pada bila-bila masa sahaja. Credit: JohnnyGreig/Getty Images
Apakah sekolah kerajaan lebih baik?
Lebih kurang 70% murid sekolah rendah dan 60% murid sekolah menengah di Australia terima pendidikan di sekolah kerajaan.
Apabila mempertimbangkan sama ada ingin menghantar anak ke sekolah swasta atau Katolik, ibu-bapa disaran mengambil kira faktor seperti tahap pendidikan, budaya dan keperluan kekeluargaan. Sekolah swasta bersaing hebat untuk menarik pelajar dan saingan ini jelas dari iklan-iklan yang dikeluarkan oleh sektor sekolah terbabit.
Ketiadaan iklan atau kempen pemasaran tidak bermakna sekolah kerajaan tidak setanding sekolah swasta.Dr Sally Larsen, Pensyarah Bidang Pendidikan, University of New England
Ketara, sekolah cemerlang wujud di kalangan ketiga-tiga sektor.
Buat Kajian Terlebih Dahulu
Professor Madya Forgasz menyarankan ibu bapa mengkaji keperluan anak mereka sebelum memilih sekolah untuk anak mereka.
Tambah beliau, semata-mata membayar yuran sekolah yang tinggi tidak semestinya menjamin kualiti pendidikan yang lebih tinggi.
"Ibu bapa yang mempunyai anak kekurangan upaya hadapi masalah tambahan dalam pemilihan sekolah untuk anak mereka."
"Tidak semua sekolah mempunyai kemudahan untuk memenuhi keperluan anak mereka."
Jika berpeluang, hadiri hari lawatan yang sering dianjurkan oleh sekolah-sekolah di seluruh Australia.
Professor Madya Forgasz berkata apa yang penting, anak-anak perlu selesa dan gembira dengan pilihan sekolah yang dibuat."
Dan apa yang perlu diketahui, ibu bapa dan murid boleh mengubah fikiran dan memukar sekolah walaupun diperingkat sekolah menengah.